Assalamualaikum & selamat pagi
opss! dh masuk bulan 12 dah kite kan?korg bru tau atau aku yang baru tersedar dari mimpi nie??ekekeke..sambil kenyit2 mate beb..
huh! dah lame btol tak update belog nih..maklum la bizi cket..ceh! bizi konon..bizi ngan makan tydo makan tydo ade la..ahakz!
korg tgk tak tajuk entry aku tuh?wat2 tanye lak kan..kalo korg dah msok belog aku dah tentu la korg akn bace tajuk dlu kan sblum korg bace..huhu..
haa..! ary nie aku nak post pasal diet2 nih..jum terjah bace! yuk! hehe..
1.Menghidu makanan
Mungkin anda merasakan bahawa cara ini tidak masuk akal sama sekali. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan R. Hirsch ( Smell & Taste Treatment and Research Foundation in Chicago ) terhadap 3000 sukarelawan mendapati bahawa seseorang yang gemar menghidu makanan biasanya lebih kurus berbanding mereka yang tidak gemar menghidu.
2.Letakkan cermin bertentangan dengan tempat makan anda
Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang makan dihadapan cermin akan mengurangkan 1/3 jumlah pengambilan makanan berbanding mereka yang tidak makan dihadapan cermin. Ini berlaku mungkin disebabkan apabila anda melihat diri anda sendiri, ia akan mengingatkan mengenai matlamat yang ingin dicapai.
3.Kelilingi tempat makan anda dengan warna biru
Adakah anda perasan mengapa kebanyakan restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru sebagai tema restoran mereka? Ini adalah disebabkan kajian psikologi yang telah dilakukan bahawa penggunaan warna biru akan menahan selera makan seseorang. Elakkan warna seperti oren, kuning, dan merah ditempat makan kerana ia akan meningkatkan lagi selera makan anda.
4.Tangkap gambar makanan yang anda ambil
Setiap kali anda melihat gambar makanan yang telah diambil, pasti ia akan mengingatkan anda untuk melakukan perancangan tentang bagaimana cara untuk anda berjaya mengurangkan berat badan.
5.Ikat seutas benang pada bahagian perut
Apabila anda sudah merasakan benang yang diikat pada perut semakin menegang, ia bermakna anda seharusnya sudah perlu berhenti daripada mengambil makanan lagi.
pesanan penaja..ceh!(sumber dr i luv islam nie tau) hihihi..peace yaw!
0 k0mEn dAri si c0mEy tErhEbaT:
Post a Comment